" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Wednesday, June 29, 2011

1 Malaysia Luck Draw Contest

Ingin MELUASKAN pemasaran ANDA??

Ingin mengaut KEUNTUNGAN BERGANDA dengan KOS yang MINIMA??

Ingin PRODUK anda DIKENALI 1 MALAYSIA dalam masa yang SINGKAT??

Syarikat –Syarikat GERGASI juga menggunakan kaedah yang SAMA untuk MENJANA KEUNTUNGAN BERGANDA

Apakah itu 1 Malaysia Luck Draw Contest?? 

1 Malaysia Luck Draw Contest bermula 10 April 2011 hingga 31 Ogos 2011

1 Malaysia Luck Draw Contest adalah satu program pemasaran bertujuan untuk menolong USAHAWAN dan PENIAGA dalam mempromosikan premis/produk mereka. Dengan adanya program seperti ini, para usahawan dan peniaga dapat mempromosikan premis/produk mereka secara setempat mahupun global. Kemudahan Teknologi Maklumat, membolehkan segala informasi mengenai premis/produk peserta dapat dipaparkan di laman web kami. Cara ini dapat menarik semua pelanggan dari seluruh pelusuk dunia mengetahui info premis/produk peserta.

Tahukah anda, dengan menyertai program 1 Malaysia Luck Draw Contest ini, anda akan dapat kumpulkan sendiri maklumat pelanggan anda seperti NAMA, NO HP, NO IC & EMAIL

Tahukah Anda Salah 1 Sebab UTAMA Mengapa 97% Perniagaan Gagal Pada 3 Tahun Pertama, Adalah Kerana Kegagalan Anda Mendapatkan & Menguruskan Pelanggan Dengan Betul!


Kenapa pentingnya maklumat pelanggan ataupun DATABASE pelanggan anda??

Pentingnya maklumat pelanggan anda kerana:

1) Pelanggan telah mencuba perkhidmatan anda dan tidak merasa janggal mendapat apa jua informasi terkini daripada anda melalui email ataupun sms.
2) Pelanggan boleh mendapatkan info atau produk terbaharu keluaran anda dengan cepat dan berkesan
3) Pelanggan akan sentiasa mengingati "kewujudan" anda/perniagaan anda.
4) Pelanggan akan setia terhadap perniagaan anda kerana setiap hari anda memasarkan produk anda melalui EMAIL dan SMS
5) Pelanggan akan merasa dekat dengan anda kerana setiap tahun anda mengirimkan SMS Selamat Harijadi kepada mereka dengan memberikan hadiah atau diskaun di hari ulangtahun mereka
6) Pelanggan anda dengan tidak rasmi akan menjadi 'promoter' bagi produk/perniagaan anda sekiranya mereka betul-betul puas hati dengan perkhidmatan dan produk anda.

Peserta yang menyertai program 1 MalaysiaLuckyDrawContest ini akan memperolehi:

1. Program KEMPEN CABUTAN BERTUAH untuk pelanggan-pelanggan anda ( Hadiah Utama Proton Inspira)
2. Sistem Pemasaran Digital ETSI
3. Sistem Pengurusan Maklumat Pelanggan
4. Promosi Perniagaan di laman Web Program
5. WorkshopSMS-Kelas Sistem Pemasaran Digital ETSI
6. Kotak Cabutan Bertuah
7. Kempen Promosi perniagaan di:
  • Akhbar Tempatan
  • Laman Web
  • Email ke 11 juta email di Malaysia
  • Banner, banting, Pemplet ( Soft Copy )
  • Iklan di Radio Nasional
Kami akan iklankan kedai/premis2 anda di dalam website ini

    Nak tengok motosikal terbang tak??

    Korang nak tengok motosikal terbang tak?? Aku baru baca berita di KOSMO pagi ni dan tertarik untuk berkongsi dengan korang semua..baca entri di bawah ye

    Dah macam keta STAR WARS dah aku tgk

    SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
    Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
    Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
    Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
    Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
    Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
    Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. Credit to KOSMO untuk berita motosikal terbang ni..

    Monday, June 13, 2011

    Bagaimana hendak mengenal barangan kulit diperbuat daripada babi??

    Bagaimana hendak mengenal barangan kulit diperbuat daripada babi?? Ramai diantara kita yang belum betul2 tahu bagaimana rupa/bentuk/tanda kulit babi yang ada pada barangan kulit yang kita beli..

    Laman blog http://9w2ipt.blogspot.com ada berkongsi sedikit fakta mengenai cara mengenal kulit babi yang terdapat pada barangan kulit yang kita beli atau akan beli..

    Sila klik disini untuk info lebih lanjut..credit to http://9w2ipt.blogspot.com

    Kenal tak Yu Kemejan??

    Korang kenal tak Yu Kemejan??Kenal??Tak kenal??

    Emm..tak per2..mari aku kongsikan gambar2 di bawah untuk tatapan korang yer:





    Dan yang terbaru, berita dari KOSMO hari ini, Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.

    Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.

    Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.
    Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

    Yu Kemejan seberat 200 kilogram

    So sekarang korang dah kenal la kan yu kemejan??

    Tuesday, June 7, 2011

    Spesis ikan laut yang aneh selepas tsunami di Jepun

    Kalau korang nak tengok spesis ikan laut yang aneh selepas tsunami di Jepun baru-baru ni..korang boleh la lihat di blog mediamalaya ni

    Terasa dekat sangat dah nak kiamat beb..ya Allah, jadikanlah aku antara hambaMu yang sempat bertaubat kepadamu ya Allah..matikanlah kami dalam keadaan beriman dan berikan petunjuk buatku dan umat2 islam di seluruh dunia ya Allah..amin..amin..

    Monday, June 6, 2011

    Apakah itu Sarang Burung??

    Apakah itu Sarang Burung ??

    Saya hanya ingin berkongsi la sebab hari tu ada terlihat blog ni kt website, ceritakan tentang sarang burung ni..interesting pulak untuk lebih memahami apakah itu sarang burung, dan apakah perbezaan bentuk sarang burung ini dan bagaimana bentuk dan gambar mengenai sarang burung ini..

    Apa-apa pun terima kasih pada persada biz kerana berkongsi maklumat tentang sarang burung ni..sila baca entri di bawah untuk lebih memahami dan mengerti apa itu sarang burung dan khasiat2 nya..

    Apakah itu Sarang Burung??



    • Sarang Burung yang dinyatakan ini adalah sarang burung walet ( layang-layang ) yang membuat  sarangnya dengan menggunakan air liurnya sendiri.
    Dihasilkan oleh 2 spesis walet, iaitu:


    • White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
    • Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
    Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah ?
    • Sarang burung yang berwarna putih dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil “Aerodramus Fuciphaga”. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti.

    • Sarang burung yang berwarna hitam dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil ” Aerodramus maxima” .Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding sarang yang berwarna putih.

    • Sarang yang berwarna merah dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung walet. Warna ini terhasil apabila berlaku tindak balas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat di sesetengah gua.
    Terdiri daripada 3 jenis sarang burung:
    • Sarang Burung Berdarah ( Merah )
    • Sarang Burung Sutera Keemasan ( Kuning )
    • Sarang Burung Maharaja Putih ( Putih )
    Perbezaan di antara Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung)
    • Sarang Burung Liar – Kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran semulajadi.
    • Sarang Burung Ternakan – Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih.
    Apakah yang anda tahu tentang sarang burung?
    • Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
    • Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,fosforus & magnesium.
    • Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.
    Kepentingan Sarang Burung Dalam Masyarakat Cina
    • Sarang burung berada di tahap kedua selain Ginseng.
    • Pemangkin pertumbuhan sel dan kulit.
    • Penggunaan janka panjang – Mencantikan permukaan kulit, menberi tenaga dan mengukuhkn ketahanan kepada golongan tua terhadap penyakit.
    • Kitab Compendium of Materia Medica – Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal.
    Kandungan Kimia Sarang Burung
    ( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )

    • 9% moisture
    • 20% inorganic ash
    • 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
    • 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
    Kebaikan Sarang Burung
    1. Kajian perubatan Cina di Beijing – Merupakan agen pemutihan kulit dan kesihatan mata.Bagi penghidap asma – merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
    2. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sarang burung bermanfaat sebagai:
    • Zat kolagen yang melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
    • Dpat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
    • Pengambilan semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan anak.
    • Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
    • Untuk golongan tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
    • Untuk kanak-kanak, dapat memperkuatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru. Menggalakkan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan.
    • Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer )
    Mari Mengenal Bentuk Sarang Burung

     Credit to http://mypersada.blogspot.com kerana berkongsi maklumat ini