" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Friday, April 29, 2011

Sukan Kaninhop (Acara Arnab Melompat Pagar)

Itulah hakikatnya, dunia sekarang memang sudah muak membuat sesuatu yg biasa2 berulang kali kerana menginginkan sesuatu yg baru atau luar biasa dalam hidup, dan sebab itulah sekarang ni tengah hangat di Jerman Sukan Kaninhop (acara arnab melompat pagar), dimana sebelum ni yang ada di minda kita hanyalah acara kuda melompat pagar kan?? Apa pun cuba tgk gmbar2 di bawah ni:

"Ni bukan kerja aku la" kata si arnab

Akulah SuperArnab, yeeeha

Lompat si arnab lompat

"Pastikan korang dapat snap gaya lompatan aku ni"
Jadi lepas ni kepada sesiapa yang ada bela arnab, janganlah hanya nak bagi arnab tu makan, tido dan dimanjakan sangat, cuba-cubalah suruh arnab ni lari setempat atau buat aktiviti seperti sukan Kaninhop ni, sure korang akan lebih sayang arnab korang ni nanti, mana tau lepas ni kalau di Malaysia nanti ada anjurkan Sukan Kaninhop (acara arnab melompat pagar) ni, arnab korang berjaya menjadi johan, tak pasal-pasal dapat duit..boleh la beli makanan si arnab dan ubat-ubat untuk arnab korang..best tak?? best ooo..

Wednesday, April 27, 2011

Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant

Ini adalah salah satu Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant yg pernah saya tengok dalam dunia ini. Dengan menggunakan teka silangkata, tersirat kata-kata melamar daripada seorang lelaki kepada kekasihnya, sangat-sangat hebat dan kreatif setiap makhluk Allah itu..sila baca entri sepenuhnya di bawah ini:

Gambarajah lamaran menggunakan teka silangkata

WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant dalam teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.

Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.
Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. Credit to KOSMO kerana sudi berkongsi Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant ini.

Wednesday, April 13, 2011

Kingdom Tower – World’s Tallest Skyscraper

Kingdom Tower – World’s Tallest Skyscraper


The Kingdom Holding Company in Saudi Arabia are set to build the world’s tallest building leaving Burj Khalifa in Dubai look really short next to it. This tower is going to be a Mile High!

Prince Al Waleed Bin Talal, head of Kingdom Holding Company recently gave his approval for construction of what will be billed as the world’s tallest man-made structure — the Kingdom Tower.

Designed by Adrian Smith, the Kingdom Tower will be built in Saudi Arabia’s city of Jeddah. The tower will stretch one mile up into heavens and include 12 million cubic feet of space, several stories of office space, several stories for a hotel and four tiers of residential space, with the upper most tier reserved for “alternative energy generation” solutions (perhaps including a pendulum to keep the entire tower from collapsing).

Gila aah diaorg ni..memang confirm dah dunia semakin nak kiamat sebab Nabi Muhammad s.a.w sudah bersabda, antara tanda2 kiamat ialah manusia berlumba2 utk membina bandar pencakar langit..cuba tgk perbandingan bangunan2 yg sudah ada ngn yg akan dibina nanti..:

Kingdom Tower – World’s Tallest Skyscraper




Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara

Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara, pasti kita akan peroleh keuntungan..kire senang citer kalau buat apa pun, dan FOCUS..kita pasti memperoleh kejayaan..cuba baca artikel di bawah..keratan KOSMO..walaupun hanya mengajar buat origami di youtube..dia dah boleh menjana pendapat yang orang kata..boleh goyang kaki la sekarang..Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara..

ROB HOMAYOON menunjukkan cara-cara untuk membuat origami di laman YouTube.



GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.
Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.
Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.
Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.
"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).
"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.
Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan.
Tengok..inilah hasil sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara

Tuesday, April 5, 2011

Semuanya bermula daripada MINDA kita

Semuanya bermula daripada MINDA kita..itulah yang boleh kita rungkaikan apabila kita melihat gambar di bawah..apabila minda sub concious kita mengatakan yang jerung atau jaws yang kononnya di gembar gemburkan sebagai 'evil' atau suka makan orang, sebenarnya tidak..kalau kita sudah set kan di minda kita yang jerung akan datang dan makan kita, benda itulah yang akan terjadi..sekiranya kita set kan yang jerung itu juga sebagai makhluk ALLAH dan tak akan makan kita, jerung tersebut pasti tak akan makan atau cederakan kita..Setuju tak??Semuanya bermula daripada MINDA kita




CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti seekor penyu di permukaan laut.
Namun, bagi Fallows, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar.
"Kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.
Lelaki itu mengendalikan ekspedisi melihat ikan jerung di perairan di sini.
Namun, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut. -Credit to KOSMO - Semuanya bermula daripada MINDA kita -