" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Saturday, November 12, 2011

Liu Bolin the real invisible man

Liu Bolin the real invisible man..siapakah gerangan lelaki ini yer?? apa yg istimewa sangat dengan mamat China ni??

Jom sama-sama baca artikel dari KOSMO ini..

BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.

hah..terkejut ko sayur jadi manusia..hehe


Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York. - Reuters

Jom layan beberapa keping gambar lagi mengenai Liu Bolin the real invisible man

Boleh jadi perisik ni..huhu


yg ni sumpah tak nmpak..


raja skodeng..haha

wei tak lenguh lutut ka??


Kalau nak tengok videonya di YouTube boleh la klik DISINI



Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta

Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta?? Biar betik???ehhh..biar banana..tapi itulah yg sebenarnya berlaku di dalam dunia ini..semakin lama ataupun semakin artistik sesuatu hasil seni itu, tidak kira dari segi lukisan, foto dan sebagainya..sekiranya menjadi bidaan dalam apa jua acara lelong..ia pasti memberikan seribu makna bagi sesiapa yang ingin memilikinya..lepas ni terus aku rasa macam nak beli camera DSLR untuk snap apa jua pemandangan yang cantik dalam planet kita ini..

Baca artikel yang dikongsikan oleh Kosmo pada hari ini 12.11.2011 (Sabtu) tentang gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta..

 

"NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.
Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

INILAH foto Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik. 
 


Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.

Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi "