" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Tuesday, March 29, 2011

Kuda Kerdil

Sesungguhnya Allah itu MAHA BERKUASA..

Kuda kerdil di dunia

EINSTEIN berada dekat dengan seekor kuda normal di New Hampshire, Amerika Syarikat baru-baru ini.














NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam
Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter.
Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun.
"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead.
Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter.
Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Credit to KOSMO -

Wednesday, March 23, 2011

Kucing Duduk Macam Manusia..

Assalam semua,

Mari kita lihat gelagat kucing comel ini..sedutan daripada KOSMO

LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.
Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

Ingat korang je leh duduk bersila..aku pun boleh la


Tuesday, March 22, 2011

2 Tsunami Besar sudah melanda DUNIA, adakah kita sudah mengambil iktibar sepenuhnya??

Assalamualaikum semua,

Pada 11 March 2011 (Jumaat), dunia digegarkan dengan peristiwa gempa bumi dan tsunami di bumi Jepun. Sekarang ni pula dunia sekali lagi dikejutkan dengan letupan dan penyebaran radioaktif berikutan loji nuklear di Fukushima Daiichi meletup, sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah yang tiada tandingan-Nya. Dia hanya mengirimkan AIR untuk menghancurkan apa jua yg Dia kehendaki tanpa ada yg dapat menghalang-Nya. 

Persoalannya sekarang, adakah kita sebagai makhluk dan hamba-Nya sudah betul2 mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah ini?? 

Pada Disember 2004 di Acheh, Indonesia, kita sudah diberi 'peringatan' oleh Allah dgn lebih 200,000 kematian dicatatkan. Setakat ini, di Jepun, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). Renung2kan gmbar di bawah yer :

Tsunami di Aceh 2004

Tsunami di Aceh tahun 2004

Tsunami di Fukushima Jepun 11.3.2011 (Jumaat)

Selepas Gempa Bumi & Tsunami

Selepas Gempa Bumi & Tsunami

Selepas Gempa Bumi & Tsunami

Loji Nuklear di Fukushima terbakar

Kesan Tsunami

Kesan Tsunami

Subhanallah

Masya Allah

Before Tsunami

After Tsunami
  Ya Allah, hindarilah Malaysia daripada malapetaka-Mu yang Maha Dahsyat. Tiada yang layak disembah dan di agungkan melainkan pada-Mu ya Allah. Hambamu memohon agar dijauhi daripada bala bencana, apa jua wabak penyakit dan persengketaan sesama manusia. Amin ya rabbal ala min.

Wednesday, March 9, 2011

Burung Helang Terbang Terbalik???

Assalamualaikum semua,

Pernah tak anda melihat burung helang terbang terbalik??..Huhu..menarik tu ..mari kita lihat keratan akhbar tempatan ni, check it out..

PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.
Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.
"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu.

Friday, March 4, 2011

Aku berjaya menjadi penjual parfum LE REVE

Assalam and Good Morning,



Semalam dengan rasminya aku menjadi INDEPENDENT CONSULTANT dalam perniagaan parfum LE REVE. Aku sangat teruja dgn bau minyak wanginya yang superb dan tahan lama. Nak tau tak kenapa aku suka sangat dengan haruman LE REVE ni??

Firstly, sebab saripati LE REVE lebih banyak daripada mana-mana saripati parfum yang lain, lihat gambar di bawah :

Saripati@Essence LE REVE lg bnyak drpda perfumes or jenama lain di pasaran
Sila bandingkan saripati LE REVE dgn yg lain



Secondly, sebab aku suka LE REVE ini kerana harganya  yg sangat2 murah berbanding harga parfum yang lain yang terdapat di pasaran seluruh dunia, cuba lihat gambar di bawah supaya anda semua lebih faham :

Amacam?? Dah paham kenapa perfumes lain mahal??
Ketiganya kenapa aku suka dengan LE REVE ni sebab dia mempunyai kit tester yang sangat comel dan elegant, cuba tgk gambar di bawah :

Tester parfum (5ml)

Amacam sekarang, dah terpegun dan terpesona?? Belum lagi?? Nak bau dulu?? Tak kisah, kalau anda duduk di Lembah Kelang memang senang sangat nak contact or jumpa aku. Kalau berminat nak bau aku punya tester, jangan la segan silu call aku yer atau berhubung di FB aku www.facebook.com/zamir.aizat


Terima Kasih.

Wednesday, March 2, 2011

99 Creative Business Card

Assalam everyone,

Just wanna share with you all 99 most creative business card. Here we’ll take a look at 99 truly outstanding business card designs which show that there are truly no limits to the design of a business card. Serius idea diaorg ni sangat gempak dan kreatif, kan Allah pun dah cakap manusia ni adalah sebaik2 makhluk ciptaan-Nya, so ini adalah buktinya, betul tak?? Semoga idea dan pemikiran kita lebih kreatif lepas ini, tidak kira dalam perniagaan dan sebagainya, AMIN..