" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Tuesday, May 31, 2011

Dilarang Meniru Yerr!!!

Dilarang Meniru Yerr!!! Itulah yang sering diingatkan atau ditekankan oleh mana2 institusi, tak kira lah di tadika ke, sekolah ke, universiti ker, bahkan diseluruh dunia juga akan mengetengahkan konsep yang sama sewaktu sesi peperiksaan.

Walaupun tindakan keras akan diambil oleh setiap institusi kepada mana2 pelajar yang terlibat dalam pembawakan 'toyol' (istilah zaman skrg ni) ini, ramai yang masih tidak heran dan dalam pada masa yang sama mereka(pelajar2) lebih cenderung menggunakan teknik2 terbaharu dan berinovasi dalam mengaplikasikan cara2 tertentu utk mmbawa 'toyol' ini. (wah bahasa sastera tak hinggat!!)

Kalau kita lihat gambar2 di bawah ni, pasti kita pun heran, ada masa lak budak2 ni nak tulis 'toyol'?? Kan lebih elok masa menulis 'toyol' tu dihabiskan utk mengulangkaji pelajaran ataupun bertanya kawan2 kalau ada sesuatu topik yang tidak jelas dan paham..betul tak?? Ni dia habiskan masa dgn menulis 'toyol' yang belum tentu soalan itu akan masuk dalam kertas pepriksaan tu nanti..emm

Kau buat apa tu budak??

Ko sms sapa tu??

Teknik lama..senang kantoi

Huhu

Yang ni kreatif sikit

Yg ni kreatif + seksi..masya Allah

Lawa 'parut' kt peha korang
Macam2 teknik la diaorg ni buat masa peperiksaan ni kan..emm, mcm mna la nk berkat ilmu2 tu kalau dah gini gayanya diaorg buat pada 'ilmu2' yg sangat beharga ini..

Memandangkan pelajar2 skrg terlebih kreatif dan berinovasi, terpaksa la cikgu2 dan badan pemeriksaan menggunakan cara di bawah utk menangani masalah meniru ni, huhu:

Ha..amik kau!!

Ambik kau..haha

Nah ambik kau..nak meniru sangat kan, tak pasal2 kena buang baju ngn pakai 'topeng peperiksaan', haha..



Murid-murid dilarang meniru yer lepas ni..kang tak pasal2 korang kena buat macam perkara di atas, terus spoil mood nk jawab exam sbb jiwa tak tenang..huhu..apa salahnya korang belajar bersungguh2 dan menjaga ilmu tersebut di dalam dada, amalkan dan kongsikan bersama orang lain..tahukah anda orang yg bnyak ilmu, yg beramal (yg apply) ilmu tersebut dalam kehidupan mereka dan berkongsi dgn org lain pasti akan menjadi KAYA!! Tak percaya?? Tengok berapa ramai org2 yg sudah berjaya dan menjadi jutawan hanya kerana mereka berkongsi ilmu mereka dgn mendidik orang2 di bawah mereka.

Berfikirlah wahai anak remaja, usia remajamu adalah masa yang paling mudah utk kamu kecapi dan mempelajari apa jua dalam masa yg singkat dan mudah. Ketika kamu dewasa nanti, pasti banyak perkara yang hendak dilakukan terbatas kerana keupayaan akal, kecerdasan minda, kesihatan dan kesuntukan masa..renung2kanlah seketika wahai anak muda remaja..

Akhir kata, dilarang meniru yer dalam peperiksaan lagi walaupun sekarang ni dah musim cuti sekolah kan..yakinlah dan percayalah kepada keupayaan diri sendiri.."tiada siapa yang dapat mengubah kehidupan kita melainkan kita sendiri yg bertindak utk mengubahnya"

Thursday, May 26, 2011

Kondominium Termahal di Kuala Lumpur

Kenapa entri sebegini dipostkan oleh aku?? Sebabnya..kerana..oleh kerana..dan macam2 kerananya ialah kerana harganya yang mahal la..

Sebelum ni The Star Online telah mengeluarkan 10 senarai Kondominium Termahal di Kuala Lumpur, tapi nampak gayanya senarai ini hanya bertahan seketika sahaja kerana terdapat pencabar yang sudah memecahkan rekod kemahalan itu..

Sedikit info la kan, harga tiap2 kondominium ini menjadi tersangatlah mahal kerana ianya dikira dalam satu kaki persegi atau dalam bahasa 'englizi' nya (org arab sebut macam ni k) per square feet (sq ft) Kalau 1 sq ft harganya RM2,000.00 cuba korang darabkan kepada katakanlah contoh kondo tu besar dia 3,000 sq ft..jeng jeng jeng..dah RM6,000,000 bro!! Korang ingat 3,000 sq ft tu besar sgt ker?? Tak luas sangat pun..tapi itulah hakikat yg kita kena terima skrg ini. Kena berpijak dibumi yang nyata..huhu

Ok, malas nak berleter panjang lagi, mai kita tengok senarai 11 Most Expensive Condominium in KL:


  1. The Binjai on The Park menduduki carta teratas buat masa ini kerana 1 sq ft harganya RM2,900..so pandai2 la korang darab dengan keluasan kondo tu yer..aku malas nk kire dah takut terbeliak bijik mata korang nanti..baca info The Binjai disini
Silakan masuk ke rumah baru saya..The Binjai

The Binjai (si pengorek duit tabung org)

The Binjai ketika malam

Dapur The Binjai

Ruang tamu The Binjai

The Binjai Swimming Pool

Untuk lagi 10 punya carta kondo..korang boleh je pergi ke website ni, lihat, kira2 dan pikir la sebanyak 33 kali sambil berselawat kalau betul2 nk beli kondo2 ni semua..pada saya kalau nk beli boleh je, pastikan keuntungan property ini meningkat berlipat kali ganda..then anda boleh goyang kaki ajer lepas tu, xpayah penat2 nak masuk opis dah..leh golek2 ngn anak atau cucu masa tu..best2..

Semoga dengan info pasal kondominium termahal di Kuala Lumpur ini memberi sedikit sebanyak info kepada anda semua ya..rajin2kan membaca..membaca menjana ilmu dan bertambahnya pengetahuan..sampai berjumpa lagi..

Hotel Celah Pokok di Sweden

Assalamualaikum..

Pernah tengok hotel celah pokok tak?? Haha..ini dia antara hotel yang lain daripada yang lain..hotel celah pokok di Sweden ini asalnya kontena dan diubahsuai oleh Kent Lindwall dan isterinya Britta Jonsson Lindwall pada tahun lalu.

Harga dia boleh tahan beb kalau nak menginap di Hotel Celah Pokok ni..(suka2 je aku bagi nama hotel celah pokok kan). Sumber dari KOSMO mengatakan mereka menamakan hotel ini sebagai The Bird's Nest dan The Blue Cone.

Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937). Amacam?? Ada beran ke nak pergi Sweden semata2 nak tido kat 'kontena' ni?? Baik aku buat je kt celah2 pokok getah kat Malaysia ni je kan?? Tak la semahal macam harga di atas..

The 'Kontena'

The Blue Cone dari celah2 pokok

The Blue Cone ketika musim dingin

Jalan masuk ke The Blue Cone
Kalau nak baca entri dengan lebih lanjut tentang hotel celah pokok ni, klik la disini yer..

Thursday, May 19, 2011

Wanita Ingin Membunuh Diri Berjaya Diselamatkan

Wahai wanita sekalian, kenapalah mesti hendak membunuh diri sekiranya cintamu tidak terbalas, tahukah kamu Islam sendiri menegah kita membunuh diri?? Lihat hadis2 di bawah sebagai pengajaran kita:

Diriwayatkan dari Tsabit bin Al Dhahhak ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama".

Diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya".

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri".

 Lihat la gambar Wanita Ingin Membunuh Diri Berjaya Diselamatkan oleh seorang pegawai, sangat2 cemas masa ni kan..huhu

  
Leher wanita sempat dipaut oleh seorang pegawai tempatan

CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.
Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.
Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.- Credit to KOSMO

Alhamdulillah, wanita ingin membunuh diri berjaya diselamatkan..moga2 dia memperolehi hidayah oleh Allah selepas ini..amin

Tuesday, May 17, 2011

Episod Emas: Fakta Tentang Emas

Episod Emas: Fakta Tentang Emas: "Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit fakta-fakta yang berkaitan dengan emas. 1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia ..."

Monday, May 16, 2011

Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A??

Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Itulah antara ungkapan atau soalan yang ditujukan oleh salah seorang bekas pelajar R.T.A di laman sosial Facebook baru-baru ini.

R.T.A adalah singkatan daripada Raudoh Tahfiz al-Quran dimana makna Raudoh itu adalah "Taman". Aku berada di sekolah ini selama satu tahun setengah sahaja (awal tahun 2000 sehingga pertengahan 2001).

Kedatangan aku di sekolah ini hanyalah untuk memantapkan lagi hafalan Quran aku di sekolah ini di mana aku harus khatam al-Quran sebanyak 8 kali dan baru aku akan diiktiraf dan diberikan sijil (Syahadah) yang mengatakan aku LULUS dalam hafalan tersebut.

Aku berjaya membuat rekod dengan membaca al-Quran selama 2 hari (Khatam satu Quran) tanpa melihat dan di semak oleh Ust Abd. Latiff, diikuti oleh Mustakim, Zukni Hakim, Tarmizi Husnudin, dan beberapa orang lagi sahabatku yang lain. Jadi, itu antara serba sedikit la daripada sejarah yang tercipta di sekolah R.T.A tersebut.

Jadi, berbalik kepada soalan Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Sudah tentu ramai antara bekas pelajar R.T.A mempunyai pilihan masing2..betul tak?? Bagi saya suara yang merdu sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang imam, apa yang penting ialah..ILMU dan keIKHLASan seseorang imam itu dalam memimpin solat tersebut.

Bagi aku, benda ini mengajar dan mendidik aku untuk lebih berani berdepan dengan masyarakat di suatu hari nanti, dan sekarang jelas terbukti ada pengalaman yang menarik disebalik "jadual menjadi imam" tersebut..

Inilah antara komen2 bekas pelajar R.T.A kepada aku di laman sosial FB di group R.T.A:




Jadi, Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Huhu..tak mau komen banyak2..itu pilihan masing2..Assalam..

Tahniah buat Red Devils

Tahniah diucapkan buat kumpulan kesayanganku, Manchester United (The Red Devils) kerana berjaya menjadi Juara bagi Liga Perdana Inggeris buat ke -19, sekaligus memecahkan rekod sebagai kumpulan yang paling banyak memenangi Liga Perdana Inggeris mengatasi Liverpool yang telah memenangi sebanyak 18 kali.


Gua dah menang 19 kali wei..hehe

Yeaaa...kita berjaya

Tahniah sekali lagi buat pasukan Red Devils..teruskan memantapkan lagi pasukan ini dan buatlah persiapan yg lebih rapi untuk bertemu dengan Barcelona pada aksi Finale Liga Juara-Juara Eropah pada 28 Mei ini. All the Best to you Man United..Glory Glory Man United

Tuesday, May 3, 2011

Seni yang kreatif menggunakan bayi yang tidur

Macam-macam hal la ye manusia ni, sure mak bapak si bayi ni boring tak tau nak buat apa dah kan?? Tapi apa pun seni yang sangat unik dan menarik untuk tatapan kita semua, layan je gambar kat bawah ni yer..best ooo

Sleeping Beauty

Make Up Artist

Gaya mimpi pun memang dah macam dok fishing

Up up here we go oo..up2 here we go

Seronoknya tido atas ampaian, macam naik flying fox dah

Adik dah sediakan payung sebelum adik wet, hehe

Mama, adik nak jalan2 kt taman

Nampak sangat mama suka arnab

Red Riding Hood

Yea Yea, hujan bunga ros

Mama, adik nak main salji dalam rumah je ye

Adik jadi pari-pari cinta

Adik la ulat buku junior

Kuatnya angin ni, terselak pampers adik

Doggy, bawak adik jalan2..adik nak tido sambil berjalan  
Seni yang kreatif menggunakan bayi yang tidur ini sangat2 menghiburkan ketika mana kita tengah stress dengan kerja kita, dan dalam pada masa yang sama, kita dapat menceduk sedikit idea ini utk diaplikasikan ke dalam kehidupan kita..macam mana caranya?? Sama2 pikirkanlah yer

Gambar Nenek Popeye

Kepada sesiapa yang belum pernah tgk gambar nenek popeye, cubalah tgk gambar ni, sure korang sangat2 percaya tanpa memerlukan pemeriksaan DNA, hehe..

Apa tengok2?? Nak kena penumbuk nenek popeye??..put put
Cuba bandingkan, sama tak muka popeye dengan gambar nenek popeye ni??

Popeye the Sailorman, put put

Teringat dulu kecik2 mak aku suruh makan spinach kalau nak kuat macam popeye, so nak kuat macam popeye punya pasal, aku pun makan je la sayur bayam, last2 dah jadi sayur kesukaan aku sampai sekarang, huhu..tapi apa pun gambar nenek popeye tu memang seiras giler dengan popeye..hehe