" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Monday, May 16, 2011

Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A??

Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Itulah antara ungkapan atau soalan yang ditujukan oleh salah seorang bekas pelajar R.T.A di laman sosial Facebook baru-baru ini.

R.T.A adalah singkatan daripada Raudoh Tahfiz al-Quran dimana makna Raudoh itu adalah "Taman". Aku berada di sekolah ini selama satu tahun setengah sahaja (awal tahun 2000 sehingga pertengahan 2001).

Kedatangan aku di sekolah ini hanyalah untuk memantapkan lagi hafalan Quran aku di sekolah ini di mana aku harus khatam al-Quran sebanyak 8 kali dan baru aku akan diiktiraf dan diberikan sijil (Syahadah) yang mengatakan aku LULUS dalam hafalan tersebut.

Aku berjaya membuat rekod dengan membaca al-Quran selama 2 hari (Khatam satu Quran) tanpa melihat dan di semak oleh Ust Abd. Latiff, diikuti oleh Mustakim, Zukni Hakim, Tarmizi Husnudin, dan beberapa orang lagi sahabatku yang lain. Jadi, itu antara serba sedikit la daripada sejarah yang tercipta di sekolah R.T.A tersebut.

Jadi, berbalik kepada soalan Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Sudah tentu ramai antara bekas pelajar R.T.A mempunyai pilihan masing2..betul tak?? Bagi saya suara yang merdu sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang imam, apa yang penting ialah..ILMU dan keIKHLASan seseorang imam itu dalam memimpin solat tersebut.

Bagi aku, benda ini mengajar dan mendidik aku untuk lebih berani berdepan dengan masyarakat di suatu hari nanti, dan sekarang jelas terbukti ada pengalaman yang menarik disebalik "jadual menjadi imam" tersebut..

Inilah antara komen2 bekas pelajar R.T.A kepada aku di laman sosial FB di group R.T.A:




Jadi, Siapakah Imam dan Muazin Kegemaran Sewaktu di R.T.A?? Huhu..tak mau komen banyak2..itu pilihan masing2..Assalam..

No comments:

Post a Comment