" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Tuesday, May 31, 2011

Dilarang Meniru Yerr!!!

Dilarang Meniru Yerr!!! Itulah yang sering diingatkan atau ditekankan oleh mana2 institusi, tak kira lah di tadika ke, sekolah ke, universiti ker, bahkan diseluruh dunia juga akan mengetengahkan konsep yang sama sewaktu sesi peperiksaan.

Walaupun tindakan keras akan diambil oleh setiap institusi kepada mana2 pelajar yang terlibat dalam pembawakan 'toyol' (istilah zaman skrg ni) ini, ramai yang masih tidak heran dan dalam pada masa yang sama mereka(pelajar2) lebih cenderung menggunakan teknik2 terbaharu dan berinovasi dalam mengaplikasikan cara2 tertentu utk mmbawa 'toyol' ini. (wah bahasa sastera tak hinggat!!)

Kalau kita lihat gambar2 di bawah ni, pasti kita pun heran, ada masa lak budak2 ni nak tulis 'toyol'?? Kan lebih elok masa menulis 'toyol' tu dihabiskan utk mengulangkaji pelajaran ataupun bertanya kawan2 kalau ada sesuatu topik yang tidak jelas dan paham..betul tak?? Ni dia habiskan masa dgn menulis 'toyol' yang belum tentu soalan itu akan masuk dalam kertas pepriksaan tu nanti..emm

Kau buat apa tu budak??

Ko sms sapa tu??

Teknik lama..senang kantoi

Huhu

Yang ni kreatif sikit

Yg ni kreatif + seksi..masya Allah

Lawa 'parut' kt peha korang
Macam2 teknik la diaorg ni buat masa peperiksaan ni kan..emm, mcm mna la nk berkat ilmu2 tu kalau dah gini gayanya diaorg buat pada 'ilmu2' yg sangat beharga ini..

Memandangkan pelajar2 skrg terlebih kreatif dan berinovasi, terpaksa la cikgu2 dan badan pemeriksaan menggunakan cara di bawah utk menangani masalah meniru ni, huhu:

Ha..amik kau!!

Ambik kau..haha

Nah ambik kau..nak meniru sangat kan, tak pasal2 kena buang baju ngn pakai 'topeng peperiksaan', haha..



Murid-murid dilarang meniru yer lepas ni..kang tak pasal2 korang kena buat macam perkara di atas, terus spoil mood nk jawab exam sbb jiwa tak tenang..huhu..apa salahnya korang belajar bersungguh2 dan menjaga ilmu tersebut di dalam dada, amalkan dan kongsikan bersama orang lain..tahukah anda orang yg bnyak ilmu, yg beramal (yg apply) ilmu tersebut dalam kehidupan mereka dan berkongsi dgn org lain pasti akan menjadi KAYA!! Tak percaya?? Tengok berapa ramai org2 yg sudah berjaya dan menjadi jutawan hanya kerana mereka berkongsi ilmu mereka dgn mendidik orang2 di bawah mereka.

Berfikirlah wahai anak remaja, usia remajamu adalah masa yang paling mudah utk kamu kecapi dan mempelajari apa jua dalam masa yg singkat dan mudah. Ketika kamu dewasa nanti, pasti banyak perkara yang hendak dilakukan terbatas kerana keupayaan akal, kecerdasan minda, kesihatan dan kesuntukan masa..renung2kanlah seketika wahai anak muda remaja..

Akhir kata, dilarang meniru yer dalam peperiksaan lagi walaupun sekarang ni dah musim cuti sekolah kan..yakinlah dan percayalah kepada keupayaan diri sendiri.."tiada siapa yang dapat mengubah kehidupan kita melainkan kita sendiri yg bertindak utk mengubahnya"

No comments:

Post a Comment