" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Thursday, May 19, 2011

Wanita Ingin Membunuh Diri Berjaya Diselamatkan

Wahai wanita sekalian, kenapalah mesti hendak membunuh diri sekiranya cintamu tidak terbalas, tahukah kamu Islam sendiri menegah kita membunuh diri?? Lihat hadis2 di bawah sebagai pengajaran kita:

Diriwayatkan dari Tsabit bin Al Dhahhak ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama".

Diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya".

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri".

 Lihat la gambar Wanita Ingin Membunuh Diri Berjaya Diselamatkan oleh seorang pegawai, sangat2 cemas masa ni kan..huhu

  
Leher wanita sempat dipaut oleh seorang pegawai tempatan

CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.
Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.
Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.- Credit to KOSMO

Alhamdulillah, wanita ingin membunuh diri berjaya diselamatkan..moga2 dia memperolehi hidayah oleh Allah selepas ini..amin

No comments:

Post a Comment