" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Wednesday, April 27, 2011

Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant

Ini adalah salah satu Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant yg pernah saya tengok dalam dunia ini. Dengan menggunakan teka silangkata, tersirat kata-kata melamar daripada seorang lelaki kepada kekasihnya, sangat-sangat hebat dan kreatif setiap makhluk Allah itu..sila baca entri sepenuhnya di bawah ini:

Gambarajah lamaran menggunakan teka silangkata

WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant dalam teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.

Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.
Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. Credit to KOSMO kerana sudi berkongsi Teknik Melamar Yang Sangat Kreatif & Brilliant ini.

No comments:

Post a Comment