" Every actions starting from our INTENTION "

" Every actions starting from our INTENTION "
Cita-Cita saya setinggi dan sejauh Black Hole

Wednesday, April 13, 2011

Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara

Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara, pasti kita akan peroleh keuntungan..kire senang citer kalau buat apa pun, dan FOCUS..kita pasti memperoleh kejayaan..cuba baca artikel di bawah..keratan KOSMO..walaupun hanya mengajar buat origami di youtube..dia dah boleh menjana pendapat yang orang kata..boleh goyang kaki la sekarang..Sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara..

ROB HOMAYOON menunjukkan cara-cara untuk membuat origami di laman YouTube.



GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.
Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.
Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.
Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.
"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).
"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.
Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan.
Tengok..inilah hasil sekiranya kita FOCUS dalam satu2 perkara

No comments:

Post a Comment